jijik bila dengar perkataan puas
bila nafsu buas xpernah lepas..
cakap aku bukan kerana sengaja...
kata aku hanyalah muntahan yang cukup berbenak di akal lemah ini..
jadi tanyaan otak rakus aku untuk soalan
perlukah manusia bangga mencipta angan bodoh yang menyakitkan mereka sendiri.
berlari mengejar neon buatan yang tak pasti mana arahnya..
sudah aku bilang. bertenanglah..
kenapa harus didesak langkahmu mengejar cahaya itu?
tapi.. ehh.. dengan angkuh kau belakangkan jasad tunggul aku dan teruskan seperti orang gila.
kenapa kau berhenti berlari kawan?
duduk kau menutup muka di sudut itu?
sudut itu kan gelap.. tiada neon palsu banggaan kau.
mana ???..
duduk kau di situ kerana malu apa hampa??
sudah aku tahan.. kau lawan..
sekarang nah.. teruskan..
cari neon sebenar kau..
jangan butakan akal kau lagi ya..
neon masih ada..
No comments:
Post a Comment