Tuesday, July 16, 2013

puas??
jijik bila dengar perkataan puas
bila nafsu buas xpernah lepas..
 
cakap aku bukan kerana sengaja...
kata aku hanyalah muntahan yang cukup berbenak di akal lemah ini..

jadi tanyaan otak rakus aku untuk soalan
perlukah manusia bangga mencipta angan bodoh yang menyakitkan mereka sendiri. 

berlari mengejar neon buatan yang tak pasti mana arahnya..
sudah aku bilang. bertenanglah.. 
kenapa harus didesak langkahmu mengejar cahaya itu?
tapi.. ehh.. dengan angkuh kau belakangkan jasad tunggul aku dan teruskan seperti orang gila.

kenapa kau berhenti berlari kawan?
duduk kau menutup muka di sudut itu?
sudut itu kan gelap.. tiada neon palsu banggaan kau.
mana ???..

duduk kau di situ kerana malu apa hampa?? 
sudah aku tahan.. kau lawan..
sekarang nah.. teruskan..
cari neon sebenar kau..
jangan butakan akal kau lagi ya..
neon masih ada..

Thursday, June 13, 2013

jawab aku untuk kau.

orang selalu tanya, ecah kau poyo ye2 kenapa ?
berbuku bagai..
hey, kami hidup bercarakan masing2..
cara aku tak usah disoalkan dalam akal kau.
ini buku aku.. ini kesah aku..
sekurang-kurangnya.. sembang aku dalam buku bukan sebab nak mencanang..
macam yang kamu penggiat canangan aib orang selalu buat..
aku ada pen, ada buku sekadar kongsikan perih hati aku..
air mata aku meleleh pun hanya atas helaian kertas dalam buku..
tak terluak dari lepaskan sebak dengan manusia yang berwatakkan lembu yg lagi sedang enak mengunyah.

buku aku, luah aku..
lumpuh macam mana pun aku, senyum aku paksakan.. diri teguh bertongkat sayap.
warnakan senyum aku..
tapi hati aku ? kusam.. tunggang langgang..
mana mungkin ada sesiapa yang tau..
susah ?? tak perlu bahaskan,,
aku yang rasa.. aku tahu..
mungkin orang pun tahu tapi tak dapat nikmat tersagatnya hati..
ibarat cakap.. aku tutup sendiri toreh luka dengan berbalut kemas..
nampak biar sempurna.. tapi dalam ??
bernanah berulat..

siapa yang pernah cukup dengan apa yang mereka ada ??
bukan tamak, hakikat aku ngaku dengan diri yang hodoh dengan perasaan tak cukup..
mana mungkin dapat mudahin segala keinginan dalam zaman manusia yang menjadi buas ini ??
payah untuk orang laen ? bagi aku tidak payah seperti yang dipikirkan..
perlukan sedikit sketsa sudah cukup. berpura-pura duduk bersandar tanda puas.

jika kau tanya sampai bila adengan ini berlanjut-lanjut ??
jawab akal aku mudah. selagi mampu aku berdiri,
selagi mampu aku tersenyum..
watak yang aku sendiri cipta, aku pegang aku smpan..



Thursday, May 30, 2013

engkau.. ya engkau.



apa lagi yang nak kau ratap ?
apa tidak cukup sama apa yang engkau dapat ?
untuk apa kau sedih lagi ?
bukan ini kah yang engkau angankan yang dulu tinggi ke gunung ??

kenapa nangis kau ditutup muka sama tanganmu.
malu kenal sama kamu ??
jangan takut malu tidak mengenalimu.
sebab engkau sendiri tidak pernah kenal apa erti malu.
dulu dada kau kau dabik.
umpama semua rancangan atur rapi kemas.
orang kau butakan.
tepuk tangan pada kau..
kau hebat.

tiada apa nak dibanggakan lagi sekarang.
tangan yang digenggam dibelakang badan kini penutup raut wajah polos kau.
cuma itu...

#kejar aku tidak pernah tersiakan.