Saturday, October 4, 2014

jam yang aku lihatkan itu masanya sudah berubah..
malam siang juga ikut tukar..
yang lain semua nya juga ikutan berubah..

tukar lah semua..
biar beri kesan dalam hidup aku..
biar semuanya berubah dengan laju..
biarkan kenangan itu lupus hilang dari setiap hari aku..

kenapa ?

kerana aku..
kerana hati aku..
gilakan yang dulu...
gilakan semua kenangan dulu..
gilakan kamu..

yaa.. gilakan kamu..

kau tahu apa itu luka ?
kau tahu bagaimana perih perit luka itu ?
ya, kau tahu..
aku percaya kau tahu..
sebab itu kau calarkan jiwa aku..
kau toreh-toreh duka itu..
seronok apa yang kau damba dari aku ?




Thursday, August 14, 2014

kenapa kau murung?
kenapa sugulmu mula kau munculkan ?

apa kau masih tidak puas hati dengan nikmat yang kau cari ?
apa kau mula kesal dengan setiap apa yang engkau ciptakan ?

tidak perlu engkau kesal.
kan kau sedang mencipta syurga dunia yang kau tamakkan..
hati yang kau anggap busuk dulu kan engkau sudah lemparkan.
kenapa engkau perlu kesal ??

apa pulak aku rasa ?
aku ingin panjat segala gunung ..
jerit.. kabarkan kepada segenap kehidupan..
aku tak kalah.. aku cuma mengalah..
sekarang Tuhan ada menolong aku..
hidupkan semua hati sepi aku yang mati dimamah sedih.

walau berontakan aku tidak pernah luput dibuat kau..
sekurang-kurangnya kau rasa sedikit apa itu rasa dicampakkan..
walau yang terserpih mungkin hanya sebanyak zarah.

kau patut rasa itu .

Monday, July 7, 2014

SUKA YANG BANGSAT



Kau cakap kau suka.. kau betul2 suka..
Jadi persoalan aku apa suka itu pada kau ?

Untuk apa kau buat dia jatuh tersungkur di satu penjuru..
Untuk apa kau buat dia merangkak meraung
Sedang kau ? dia tidak kau peduli..
Jadi kau sedar tak betapa bangsatnya suka kau yang aku cuba maksudkan ?

Kau tahu, kerana suka kau, dia panjat.. bawa semua angannya jauh tinggi ke atas..
Nahh sekarang jatuh kenapa kau tak nak ambil peduli ?
Angannya remuk dihempap semua dusta kau..
Masih tidak sedarkah engkau ?

Sekarang  suka kau bertukar watak..
Suka kau suka yang paling bangsat yang aku pernah lihat..
Bila engkau berambus  bersama suka kau..
Kau tinggalkan dia dengan bayang kau yang jijik..
Dia lumpuh.. dia patah.. dia tak mampu berdiri tegak sebab kau..
 Masih tidak sedar lagi ??







Tuesday, July 16, 2013

puas??
jijik bila dengar perkataan puas
bila nafsu buas xpernah lepas..
 
cakap aku bukan kerana sengaja...
kata aku hanyalah muntahan yang cukup berbenak di akal lemah ini..

jadi tanyaan otak rakus aku untuk soalan
perlukah manusia bangga mencipta angan bodoh yang menyakitkan mereka sendiri. 

berlari mengejar neon buatan yang tak pasti mana arahnya..
sudah aku bilang. bertenanglah.. 
kenapa harus didesak langkahmu mengejar cahaya itu?
tapi.. ehh.. dengan angkuh kau belakangkan jasad tunggul aku dan teruskan seperti orang gila.

kenapa kau berhenti berlari kawan?
duduk kau menutup muka di sudut itu?
sudut itu kan gelap.. tiada neon palsu banggaan kau.
mana ???..

duduk kau di situ kerana malu apa hampa?? 
sudah aku tahan.. kau lawan..
sekarang nah.. teruskan..
cari neon sebenar kau..
jangan butakan akal kau lagi ya..
neon masih ada..

Thursday, June 13, 2013

jawab aku untuk kau.

orang selalu tanya, ecah kau poyo ye2 kenapa ?
berbuku bagai..
hey, kami hidup bercarakan masing2..
cara aku tak usah disoalkan dalam akal kau.
ini buku aku.. ini kesah aku..
sekurang-kurangnya.. sembang aku dalam buku bukan sebab nak mencanang..
macam yang kamu penggiat canangan aib orang selalu buat..
aku ada pen, ada buku sekadar kongsikan perih hati aku..
air mata aku meleleh pun hanya atas helaian kertas dalam buku..
tak terluak dari lepaskan sebak dengan manusia yang berwatakkan lembu yg lagi sedang enak mengunyah.

buku aku, luah aku..
lumpuh macam mana pun aku, senyum aku paksakan.. diri teguh bertongkat sayap.
warnakan senyum aku..
tapi hati aku ? kusam.. tunggang langgang..
mana mungkin ada sesiapa yang tau..
susah ?? tak perlu bahaskan,,
aku yang rasa.. aku tahu..
mungkin orang pun tahu tapi tak dapat nikmat tersagatnya hati..
ibarat cakap.. aku tutup sendiri toreh luka dengan berbalut kemas..
nampak biar sempurna.. tapi dalam ??
bernanah berulat..

siapa yang pernah cukup dengan apa yang mereka ada ??
bukan tamak, hakikat aku ngaku dengan diri yang hodoh dengan perasaan tak cukup..
mana mungkin dapat mudahin segala keinginan dalam zaman manusia yang menjadi buas ini ??
payah untuk orang laen ? bagi aku tidak payah seperti yang dipikirkan..
perlukan sedikit sketsa sudah cukup. berpura-pura duduk bersandar tanda puas.

jika kau tanya sampai bila adengan ini berlanjut-lanjut ??
jawab akal aku mudah. selagi mampu aku berdiri,
selagi mampu aku tersenyum..
watak yang aku sendiri cipta, aku pegang aku smpan..



Thursday, May 30, 2013

engkau.. ya engkau.



apa lagi yang nak kau ratap ?
apa tidak cukup sama apa yang engkau dapat ?
untuk apa kau sedih lagi ?
bukan ini kah yang engkau angankan yang dulu tinggi ke gunung ??

kenapa nangis kau ditutup muka sama tanganmu.
malu kenal sama kamu ??
jangan takut malu tidak mengenalimu.
sebab engkau sendiri tidak pernah kenal apa erti malu.
dulu dada kau kau dabik.
umpama semua rancangan atur rapi kemas.
orang kau butakan.
tepuk tangan pada kau..
kau hebat.

tiada apa nak dibanggakan lagi sekarang.
tangan yang digenggam dibelakang badan kini penutup raut wajah polos kau.
cuma itu...

#kejar aku tidak pernah tersiakan.







Monday, February 6, 2012

sadis setiap aku

bila tengok sekeliling..
memang ramai orang di luar
seakan-akan mahu aku cemburu bila lihat mereka..
ya,,
memang aku cemburu..
kau orang memang dapat apa yang aku tidak dapat..
kau orang megah jalan depan aku yang masih rasa sakit dalam hati..
mahu rasanya aku menjerit dalam bilik kosong..
betapa sakit di racik-racik hati yg pedih ini..

jauh di satu sudut..
aku inginkan sangat-sangat..
apa yang didapati daripada seseorang yang aku sayang . .
mengalir bagaikan terjunan air..
menitis satu persatu air mata aku bila kau aku ingatkan..
rasa seperti orang yg tidak ada naluri perasaan kadang kala..

perhatian kau aku hilang..
aku mencari-cari patung-patung di luar..
untuk aku isikan segala kekosongan yang kau berikan..
kau takkan faham ..
sebab kau begitu polos dalam dunia kau yang kau selalu kaji..

hati aku tidak akan gerak jauh dari kau..
harap aku, kau kejar supaya geraknya tidak terlalu jauh..